Posted by : Unknown Friday, December 13, 2013

Begitulah menurut sumber yang diperolehi, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dikatakan akan menamatkan zaman dudanya pada bulan Mac tahun hadapan. 

Aidil Zakuan Bakal Nikahi Zareema Mac 2014

Sumber tersebut turut  memberitahu bahawa kad kahwin juga akan diedarkan sedikit masa lagi.


Menurut info dari Media Hiburan yang telah bertanya sendiri denganAidil Zafuan.

“Mana tahu ni?” tanyanya kembali yang nyata terkejut apabila ditanyakan mengenai desas-desus tersebut.  Namun setelah dipujuk, Aidil  sudi memberikan sedikit komennya. 

“Insya-Allah, jika menjadi kenyataan saya akan jemput.  Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu.  Lagi cepat lagi bagus,” ujarnya yang masih berteka-teki mengenai tarikh sebenar. 

Wanita yang bakal dikahwini pula adalah anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu Zarema Zainal.  Ditanyakan mengenai perkara ini, Aidil sekadar memberitahu; “Tunggu kadnya ya,” ujarnya sambil ketawa. 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -