Posted by : Unknown Saturday, December 14, 2013

Suami kepada Noraida Abd. Mutalib,30, mahu membuka semula pendakwaan kes terhadap pelakon berkenaan kerana kecewa apabila kes itu diklasifikasikan sebagai no further action (NFA) atau tiada tindakan lanjut.

Tak Telus- Suami Noraida Mahu Siasatan Kes Adi Putra Di Buka Semula

Peguam Amiruddin Othman, 50, iaitu Muhamad Hasif Hassan berkata, pegawai penyiasat wanita kes tersebut Inspektor Fergie Anak Dim dari balai polis di Johor dipercayai tidak telus menyiasat kes tersebut.

Sehubungan itu mereka telah membuat aduan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat terhadap pegawai itu bagi membolehkan pihak polis melantik pegawai penyiasat baharu.


"Pihak kami melihat Inspektor Fergie dipercayai menjalankan tugas siasatannya secara tidak profesional dan tidak telus.

"Lebih-lebih lagi kami melihat dia bergambar dengan Adi seolah-olah merupakan sebahagian peminat pelakon berkenaan.

"Dan menerusi aduan tersebut, pihak kami ingin membuka kembali pendakwaan kes terhadap Adi selepas berasa tidak puas hati dengan keputusan NFA yang diberi," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Hotel Concorde di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Muhamad Hasif berkata, pihaknya akan mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara Malaysia untuk meneliti pertuduhan yang mungkin lebih relevan daripada Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan - memikat wanita yang sudah bersuami.


Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dikenali sebagai Nooraida Abdul Mutalib.

Aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Sementara itu, Amiruddin berkata, sejak kontroversi tersebut, dia mendapat pandangan negatif daripada rakan-rakannya yang menganggap dia tidak patut membantu isterinya menyelesaikan kes berkenaan.


"Kawan-kawan dah benci saya kerana kes ini di mana sebagai suami saya tidak perlu membantu isteri yang membuat kesalahan.

"Tetapi saya anggap setiap manusia melakukan kesilapan dan mereka ada peluang kedua untuk berubah, begitu juga dengan isteri saya.

"Cuma, sudah alang-alang kes ini berjalan, saya akan teruskan sehingga ia membuktikan apa yang kami dakwa terhadap suspek (Adi) adalah benar," tegasnya.

Pada sidang media itu, pasangan suami isteri tersebut turut ditemani rakan mereka, Kassim Osman. Sehingga kini, pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -