Posted by : Unknown Tuesday, December 10, 2013

Yusry Cabar Orang Fobia Ular Tonton ‘Ular’
Penulis percaya pastinya ada orang di luar sana yang sangat-sangat fobia dengan binatang reptilia ini.
Sebut sahaja perkataan ular pun boleh jadi fobia!
Orang yang fobia dengan ular juga digelar sebagai ophidiophobia.
Jadi sempena mempromosikan filem terbaru lakonannya berjudul Ular, Yusry Abdul Halim telah mencabar semua individu di luar sana yang takutkan ular untuk menonton filem tersebut.
“Filem ini pasti memberi kelainan pada penonton kerana ia adalah genre baru. Kepada merkea yang takut dengan ular, inilah masanya untuk anda semua kawal rasa takut dan fobia anda,” katannya memetik laporan Malaysian Digest.
Ular yang bergenre ‘creature feature’ yang pertama di Malaysia hanya mengambil masa selama 28 hari penggambaran.
Filem itu turut dibintangi isteri Yusry, Lisa Surihani, Izzue Islam, Sharifah Sakinah dan Namron.
Memulakan tayangan sejak Khamis lalu, filem arahan Jason Chong ini berkisarkan tentang seorang wartawan, Myra yang telah diturunkan pangkat ditugaskan membuat liputan di sebuah resort, ditemani jurukameranya, Remy.
Namun, keadaan bertukar menjadi misteri apabila seorang demi seorang pengunjung memenangi hadiah percutian tersebut hilang.
Apakah misteri yang terjadi di sebalik kehilangan pengunjung-pengunjung tersebut?
Untuk mengetahuinya jangan lupa saksikan Ular di pawagam berdekatan anda. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -