Posted by : Unknown Friday, October 18, 2013

Anak Anjing Dengan Corak Hati Di Badan

SEEKOR chihuahua yang baru lahir milik pasangan Joanne dan Dave Boardman di Newcastle, Staffordshire, UK menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya apabila mempunyai bentuk hati yang jelas tertera pada bulu di badannya.

Dinamakan sebagai Valerie, Joanne mengakui bentuk hati itu sangat jelas dan ini pengalaman pertamanya berdepan dengan situasi comel begini.
Selain Valerie, Joanne mempunyai 25 ekor anjing lagi termasuk 12 anak anjing daripada pelbagai jenis.
Justeru, Joanne tidak merancang untuk membela Valerie kerana bimbang tidak dapat memberikan tumpuan memandangkan bilangan anjing di rumahnya sudah terlalu banyak.
Sebaliknya dia merancang untuk memberikan Valerie kepada tuan baru yang mampu menjaganya dengan lebih baik.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -