Posted by : Unknown Friday, October 18, 2013

Warga Emas Maut Ditikam Anak Kandung
KUALA LUMPUR – Seorang warga emas maut dipercayai ditikam oleh anak kandungnya yang merupakan seorang penagih dadah, dalam kejadian di Flat Sri Melaka, Cheras, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, suspek lelaki berusia 39 tahun itu dikatakan menikam badan mangsa sebanyak tiga kali di dapur rumah mereka sebelum ditahan jiran yang terdengar jeritan warga emas itu.
Mohan Singh berkata mangsa yang berusia 74 tahun itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi.
“Pihak polis belum mengenal pasti motif kejadian namun kami percaya ia berlaku ketika suspek berada di bawah pengaruh dadah,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Beliau berkata polis merampas sebilah pisau dan parang yang disyaki digunakan dalam kejadian itu dan suspek kini ditahan untuk disoal siasat.
Mohan Singh meminta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -