Posted by : Unknown Friday, October 18, 2013

Dua Mayat Lelaki Ditemui Dalam Kereta

Dua Mayat Lelaki Ditemui Dalam Kereta.

JOHOR BAHRU – Dua lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam sebuah kereta berhampiran susur keluar Plaza Tol Senai Utara, dekat Kulaijaya, hari ini.
Mayat S.Visvanathan, 48, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan M.Kalaiselvan Mudaliar, 38, dari Kuala Lumpur, ditemui dalam kereta Perodua Myvi berwarna merah pada pukul 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supritendan Zulkefly Yahya berkata terdapat kesan-kesan lebam pada badan kedua-dua mereka, dipercayai akibat dipukul.
“Mayat Visvanathan ditemui di kerusi penumpang depan manakala mayat Kalaiselvan Mudaliar ditemui pada kerusi belakang,” katanya ketika dihubungi.
Zulkefly berkata polis percaya mereka diserang di kawasan lain sebelum mayat bersama kenderaan yang didaftar atas nama seorang individu beralamat di Seremban itu ditinggalkan kira-kira 300 meter dari plaza tol berkenaan.
Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat, katanya.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis di talian 07-2212999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama

{ 1 comments... read them below or add one }

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -