Posted by : Unknown Friday, October 18, 2013

Guneswari01

Siapa Kejadahnya Guneswari, Saravanan Semua Ni?

Pada bulan Ramadhan lalu, kecoh di laman Facebook satu isu panas ditimbulkan oleh seorang wanita dengan akaun Facebook Guneswari Kelly mendakwa murid bukan Islam di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana dipaksa makan di dalam tandas.
Dakwaan Guneswari pada ketika kes itu meletus, murid-murid bukan Islam berkenaan dipaksa makan di tandas konon-kononnya menghormati rakan-rakan beragama Islam.
Habis anggota pentadbiran tertinggi kerajaan turun ke sekolah berkenaan meninjau keadaan sebenar.
Akhirnya didedahkan bahawa tandas seperti yang didakwa Guneswari Kelly itu sebenarnya sebuah bilik persalinan yang masih belum digunakan kerana baru siap dibina.
Sebaik kes berkenaan selesai, Guneswari hilang entah ke mana. Lebih pelik dan menghairankan, tiada satu pun temubual dibuat atas penampilan Guneswari sebagai orang yang memulakan dakwaan jahat yang akhirnya hanya sebuah fitnah politik.
Blog Pembangkang Terus Bakar Isu Jadi Panas
Isu ini begitu hebat dicanang dan dijaja oleh blog-blog pembangkang namun tidak pula mereka mencari Guneswari untuk mendapat maklumat susulan daripada wanita itu.
Biasanya blog mereka cepat dan pantas dalam mencari dan mengesan di mana individu itu berada sekaligus berjaya mendapat kenyataan media mereka yang biasanya pedas tanpa memikirkan sensitiviti orang lain.
Malaysiakini dan Malaysia Insider umpama Deepavali awal dengan begitu bersungguh-sungguh akan menemurah sesiapa yang membuat sebarang dakwaan yang mampu memalukan kerajaan dan memperlihatkan seolah-olah pentadbiran di bawah orang Melayu bersikap diskriminasi terhadap kaum lain.
Sepatutnya, media pembangkang berkenaan akan tampil terawal menemuramah watak seperti Guneswari. Namun…itu tidak berlaku.
Justeru, persoalan terpenting yang penulis ingin tahu, siapa sebenarnya Guneswari Kelly kerana walaupun dakwaannya besar tetapi Malaysiakin, Malaysian Insider malah TV3 dan stesen televisyen lain pun gagal mendapatkan temubual dengannya.
Ganjil bukan??
Kalau diikutkan cara penulisan berita, pastinya individu bernama Guneswari ini muncul dan dapat ditemubual. Biasanya golongan sebegini akan datang sendiri ke stesen televisyen untuk mendedahkan kepincangan, kenapa laman Facebook dipilih dahulu?
Timbul Pula Macha Saravanan
Beberapa hari lalu, mungkin dirancang atau secara kebetulan timbul lagi isu melibatkan juga kaum India sama seperti apa yang berlaku dengan Guneswari tetapi kali ini dakwaan dibuat oleh seorang lelaki bernama Saravanan.
Dakwaan Saravanan lebih hebat dengan rakaman perbualan telefon yang jelas antara beliau dengan seorang guru besar Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya bercakap dengan nada biadab mempertikaikan satu majlis ibadah Qurban yang diadakan di dalam kawasan sekolah itu.
Penulis cuba sedaya-upaya dengan gigih mencari profil akaun Facebook Macha Saravanan tetapi gagal seolah-olah individu itu tidak wujud.
Saravanan pula dengan nada berlagak berkata beliau membuat panggilan itu di luar negara konon dia tu orang berada dan kaya boleh buat panggilan jarak jauh ke Malaysia.
Rakaman yang dibuat Saravanan juga begitu hebat dan jelas serta dia turut mengajukan satu soalan provokasi jahat bila bertanya kepada guru besar “Bolehkah jika orang berbangsa Cina menyembelih babi di dalam kawasan sekolah?”
Penulis pasti Saravanan tahu yang jawapannya pasti tidak boleh di Malaysia.
Terkini, timbul juga beberapa desakan pentadbiran tertinggi antaranya agar Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan menjawab dakwaan Saravanan pula.
Kepada pembaca…tidakkah anda teringin untuk mengetahu siapa itu Saravanan? Mengapa dia tidak ke hadapan untuk memperkenalkan dirinya…
Jangan bagi alasan takut mengenai keselamatan diri… bertanya soalan sensitif tak takut…untuk tampil takut pula.
Lebih menimbulkan persoalan…pihak mana yang merakam perbualan itu dan kemudian memuat baik ke laman sosial agar ia menjadi isu?
Seolah-olah ada persamaan dari segi modus operandi mensensaikan isu berbau perkauman melibatkan kaum India antara kes Guneswari Kelly dan Saravanan.
Tampil Ke Hadapan Dulu Sebelum Menteri Jawab Dakwaan
Sebagai seorang rakyat bertanggungjawab, mereka yang berlagak hero sepatutnya lebih berhemah dan profesional untuk pergi terus bertemu dengan pihak sekolah dan mendapatkan penjelasan secara berdepan. Bukannya main pengecut macam Saravanan ini.
Mengapa mereka ini terus mendedahkan semuanya di laman Facebook.
Untuk apa?
Supaya api kebencian dan perkauman lebih mudah merebak seperti mencurahkan minyak ke atas api tetapi pada masa yang sama identiti si pelaku dapat disorokkan?
Bukankah itu yang sedang berlaku jika kita amati…
Jika itu tidak benar, penulis mencabar Saravanan dan Guneswari untuk tampil tunjuk muka dan berhadapan dengan pihak berkenaan yang mereka dakwa telah melakukan kesalahan dan mengamalkan ‘double-standard’.
Jangan baling batu sorok tangan cara moden dengan bersembunyi dengan identiti yang samar-samar di media sosial.
Bagi para pemimpin kita di peringkat kabinet pula eloklah jangan cepat melatah dalam isu-isu seperti ini, kenalpasti dahulu identiti pengadu sebelum membabi buta memohon maaf ataupun mengeluarkan kenyataan balas.
Motif Dakwaan, Musnahkan Undi Bangsa India Untuk Kerajaan?
Pada penulis, semua dakwaan ini menunjukkan trend ia satu perancangan rapi untuk menghilangkan undi kaum India kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas konco-konco pembangkang berjaya menghilangkan sokongan kaum Cina pada pilihan raya umum ke-13 lalu.
Red Bean Army milik DAP belum mampus sebenarnya…pendekatan mereka semakin jahat dan matang.
Pihak sebegini biasanya menunggu peluang wujudnya kepincangan kecil sebelum menjadikan ia satu isu besar dan menyebarkannya melalui laman sosial seperti Facebook.
Contohnya, ibadah Qorban sudah lama sebelum ini dilakukan di sekolah-sekolah untuk memberi pendidikan awal kepada murid-murid beragama Islam kerana Qorban sememangnya dituntut dalam agama Islam.
Pada masa dahulu, tidak ada isu langsung ketika majlis penyelembelihan dilakukan di kawasan terbuka termasuk kawasan sekolah.
Mereka sedar, BN ketika ini hilang sokongan dek serangan besar-besaran skuad maya pembangkang di internet dan mereka mahu menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk terus melenyapkan sejarah BN mentadbir Malaysia.
Kepada masyarakat Melayu dan India…Islam dan Hindu…sekarang ini kita lihat kehadiran individu seperti Guneswari dan Saravanan, selepas ini entah siapa-siapa pula akan muncul tetapi membuat dakwaan ‘along the same line’ yakni yang boleh mencetuskan kemarahan antara kaum tanpa mengetahui hujung pangkalnya sahaja.
Kalau tak percaya tunggulah nanti…
Hakikatnya, semua provoksi misteri ini ada satu sahaja mesej yang hendak disampaikan: KERAJAAN YANG DUTUNJANGI SEBAHAGIAN BESAR ORANG MELAYU DAN ISLAM… SELALU BERTINDAK MENINDAS MASYARAKAT INDIA DAN HINDU…
Sungguh dalam dan licik permainan ini… mereka mewujudkan suasana seolah-olah semua dakwaan itu adalah benar dengan memperlihatkan identiti mereka yang membuat aduan…sedangkan jika pasukan polis dan Cybersecurity Malaysia menyiasat secara mendalam… ada kebarangkalian mereka bertemu jalan mati…
Oleh : KUMBANG WIRA
Siapa Kejadahnya Guneswari, Saravanan Semua Ni?http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Guneswari01.pnghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Guneswari01-150x150.pngMyNewsHubUtama,

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -