Posted by : Unknown Monday, October 28, 2013


PETALING JAYA – Teka-teki mengenai tarikh pernikahan pelakon Fizo Omar dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim terjawab apabila pasangan itu mengesahkan untuk melangsungkannya pada 10 November depan.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, majlis akad nikah akan diadakan pada tarikh berkenaan di rumah keluarga perempuan iaitu di Country Heights, Kajang dekat sini.
“Majlis nikah akan diadakan pada pukul 9 pagi dan akan disiarkan secara langsung menerusi slot Nasi lemak Kopi O di TV9. Majlis bertunang pula akan diadakan sehari sebelum majlis nikah iaitu pada 9 November,” ujarnya yang juga pengacara rancangan itu.
Terdahulu Fizo melakukan gimik dengan melamar Mawar, 24, di panggung wayang Cathay @e-curve, Damansara di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari Isnin sambil disaksikan oleh pihak media.
Berita penuh akan dilaporkan kemudian. – mStar Online

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -