- Back to Home »
- iker casillas bersara , real madrid , sukan »
- Iker Casillas Mungkin Tinggalkan Real Madrid
Posted by : Unknown
Friday, October 18, 2013

Iker Casillas Mungkin Tinggalkan Real Madrid.
Penjaga gol kelab Real Madrid, Iker Casillas mungkin akan meninggalkan kelab tersebut sekiranya dia tidak lagi diberi peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama.
Sebelum ini, tempat Casillas digantikan oleh Diego Lopez selepas dia mengalami kecederaan patah tulang tangan dalam musim sebelumnya.
Kini walaupun pemain antarabangsa Sepanyol itu sudah pulih sepenuhnya, peluangnya untuk terus mengemudi pasukannya dilihat tipis dengan kemunculan Lopez yang dibeli dari kelab Sevilla.
Menurut Casillas, “sudah tentu saya mahu terus kekal di sini, menang lebih banyak kejuaraan dengan Real Madrid”.
“Saya sudah berada di sini sejak kecil lagi dan sudah lama mengimpikan untuk bersama kelab ini tapi kalau keadaan masih tidak berubah dalam tempoh tiga bulan, mungkin saya akan mengambil keputusan untuk meninggalkan Real Madrid.
“Walau bagaimanapun, saya akan berjuang untuk merebut kembali kesebelasan utama,” katanya.
Oleh: AUDREY LEE