Posted by : Unknown Friday, October 18, 2013

Ulamak Arab Saudi memuji tindakan kerajaan Malaysia dalam mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan secara salah oleh pihak Kristian.
Dalam kes ini pihak penerbitan majalah The Herald dilarang daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka seperti yang dimohon oleh mereka.
Ia dihalang bagi mengelakkan penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan itu bakal menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Malaysia.
Pengiktirafan itu dibuat oleh Anggota Lajnah Daimah Untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Syaikh Abdullah Muhammad Al-Khinin ketika menjawab satu soalan dari pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Islam Madinah pada 14 Januari lalu.
“Alhamdulilah, kami baru bertanyakan kepada Syaikh berkenaan isu terjemahan kalimah Allah di dalam Bible,” kata pelajar itu.
PujianArabSaudi
Menurut Syaikh Abdullah Muhammad, Tindakan kerajaan jika bertujuan untuk menyekat penyalahgunaannya oleh orang bukan Islam, maka ianya tindakan yang tepat.
Selain itu, bagi kerajaan Arab Saudi berkata tidak boleh bagi sebuah kerajaan Islam membenarkan kaum Kristian menyebarkan kitab suci mereka.
“Tidak boleh bagi sebuah kerajaan Islam untuk membenarkan kaum Kristian mencetak, menterjemah dan menyebar kitab suci mereka kerana ia sudah mansukh, wajib beramal dengan Al-Quran sahaja,” katanya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © 2025 B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -