Posted by : Unknown Friday, October 18, 2013

Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad
KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyelar tindakan segelintir pihak yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah oleh majalah The Herald.
Presidennya, Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad berkata, tindakan kerajaan merujuk kepada mahkamah berhubung kes itu tidak perlu dipertaikaikan kerana adalah satu hak untuk mana-mana pihak mendapatkan keadilan di bawah undang-undang Malaysia.
“Ia adalah pendekatan yang baik jika jalan lain tidak menghasilkan penyelesaian yang memuaskan hati pihak-pihak yang bercanggah.
“Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berprinsipkan Islam menyakini bahawa Islam adalah agama dari Allah yang membawa rahmat kepada sekelian alam. IKRAM mengajak semua pihak untuk mengambil pendekatan yang bijaksana dalam mengurus perbezaan pandangan ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Parid berkata, isu itu akan berpanjangan jika dirayu di mahkamah yang lebih tinggi maka rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama harus berusaha ke arah kedamaian dan keharmonian dalam hal itu.
Kata beliau, semua pihak termasuk kerajaan, parti politik, NGO dan media massa perlu berusaha membina persefahaman antara kaum dan agama seperti yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain serta menghentikan provokasi perkauman dan keagamaan.
Tambah beliau, usaha bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman di kalangan umat Islam diperhebatkan dengan penglibatan yang lebih berkesan oleh semua pihak termasuk kerajaan, NGO dan media massa bagi menangani kegusaran banyak pihak tentang kerapuhan aqidah umat Islam,
“Usaha bagi memberi kefahaman tentang ajaran Islam sebenar dalam kalangan orang yang bukan Islam hendaklah juga dipertingkatkan, dan program-program dialog antara agama hendaklah diperluaskan agar persefahaman dan perasaan saling hormat menghormati dapat dibina,” katanya lagi. – mynewshub.my

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -