Posted by : Unknown Friday, October 18, 2013


Rajagopal

Datuk K Rajagopal Takut Buang Mat Yo

Senarai 20 pelatih skuad kebangsaan yang dikeluarkan hari ini oleh ketua jurulatih bolasepak negara, Datuk K Rajagopal, sekali lagi masih menampilkan penyerang Nor Shahrul Idlan Talaha sebagai antara pemain yang akan dibawa bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan dan kelayakan Piala Asia.
Gesaan Pakatan Rakyat dan masyarakat Kristian agar pemain tersebut disingkirkan dari terus menyertai skuad kebangsaan kerana sokongan terbukanya terhadap UMNO dalam isu kalimah Allah, langsung tidak dipedulikan jurulatih beragama Hindu tersebut.
Walhal sebelum kontroversi ini tercetus pun, sudah banyak pihak bertanya kenapa Rajagopal masih mengekalkan Mat Yo dan tidak memberi peluang kepada pemain yang lebih layak (sila ruju gambar di atas).
Membuktikan Mat Yo ini bukanlah aset yang terlalu berharga sangat, sebaliknya adalah liabiliti yang akan menjejaskan imej sukan bolasepak negara di mata dunia.
Percaya atau tidak, tindakan Rajagopal ini boleh mencetus masalah yang lebih besar di kemudian hari. Kedegilan untuk mengekalkan pemain yang ada sifat rasis macam Mat Yo ini, lambat laun pasti akan memberi kesan kepada sokongan peminat terhadap skuad kebangsaan.
(Ini pandangan dari negarapakatanrakyat.blogspot.com bukan dari budaksid.blogspot.com)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -