Posted by : Unknown Monday, October 28, 2013

Pekin Dan Uqasha Mesra Di Majlis Hari Jadi
Sebelum ini heboh katanya hubungan mereka terputus selepas Pekin Ibrahim mendakwa kekasihnya, Uqasha Senrose curang dengan seorang lagi pelakon Sharnaaz Ahmad.
Namun, Pekin sudah pun mengeluarkan kenyataannya mengatakan perkara itu hanyalah salah faham dan mereka sudah pun berbaik seperti biasa.
Uqasha dan Sharnaaz dikatakan rapat setelah bersama-sama membintangi sebuah produksi drama, baru-baru ini.
Sabtu lalu, majlis sambutan hari lahir ke 32 Pekin telah berjaya dianjurkan oleh Uqasha dan keluarganya di sebuah hotel di Subang Jaya.
Kemeriahan majlis itu dikongsikan oleh Qi Razali yang kini bercinta dengan adik Uqasha, Nelydia menerusi gambar di laman Instagramnya.
Baguslah dah berbaik, lain kali jangan cepat melenting, apa-apa masalah pun akan dapat diselesaikan sekiranya kedua-dua pihak berbincang daripada terus mengeluarkan kenyataan kepada media.
Kan, tak pasal-pasal peminat dah label kenyataan Pekin sebagai meraih publisiti murahan dengan kisah masalah cintanya itu. – MyNewsHub
Pekin Dan Uqasha Mesra Di Majlis Hari Jadi

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -