- Back to Home »
- kesihatan »
- Tips Agar Tetap Cantik dan Menarik
Posted by : Unknown
Thursday, November 14, 2013
Zaman sekarang bukan sahaja kaum lelaki yang sibuk bekerja namun kaum wanita juga tidak terkecuali terutamanya bagi mereka yang sudah mempunyai anak dan bekeluarga.
Nak masak, mandikan anak, seterika pakaian dan sebagainya sehinggakan masa untuk bermake-up agar nampak cantik dan menarik itu tidak ada. Akhirnya, pakai gincu dan terus jalan bekerja menyebabkan kecantikan yang di miliki itu tidak terserlah.
.
- Jenis kulit muka atau wajah anda
Kenalilah jenis kulit wajah anda. Hal ini amat penting kerana untuk merawat kulit wajah kita agar nampak lebih berseri-seri, kita haruslah mengenali jenis kulit wajah kita terlebih dahulu.
Berminyak? Kering? dan sebagainya. Ini kerana sekiranya kita tidak mengetahui jenis kulit wajah kita dikhuatiri akan memburukkan keadaan di saat kita menggunakan product-product kecantikan yang ada di pasaran seperti pencuci muka, krim pelembab dan sebagainya.
- Mencuci muka atau kulit wajah anda
Basuhlah wajah anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari ataupun mengikut keperluan agar kita merasa lebih segar dan sihat. Dengan adanya kotoran pada wajah, ini menyebabkan bakteria-bakteria yang ada pada kotoran tersebut melekat yang mana akhirnya akan menyebabkan kulit wajah kita di jangkiti jerawat dan sebagainya.
- Melindungi kulit wajah atau muka anda
Elakkan diri anda dari terkena sinaran matahari dalam jangka waktu yang lama. Ini kerana ianya boleh membuatkan anda merasa pening dan mengurangkan kandungan vitamin yang ada pada anda. Bahagian kepala adalah bahagian yang paling sensitif dan perlu di lindungi.
Anda berpanas > stress > kedutan pada wajah pun muncul..
- Pemakanan anda
Jaga dan kawal apa yang anda makan dan minum. Banyakkan meminum air putih dan memakan buah-buahan yang segar seperti betik dan tembikai.
Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan tidak sihat. Ini bukan sahaja akan menyebabkan wajah anda kelihatan kusam malah ianya juga akan menyebabkan kesihatan tubuh badan anda berkurangan.