Posted by : Unknown Friday, November 22, 2013


Pengacara nombor satu negara, Aznil Haji Nawawi akan digandingkan dengan pelawak dan pelakon serba boleh, Nabil Ahmad untuk menerajui Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke-20 yang akan diadakan pada 14 Disember ini di Stadium Putra Bukit Jalil.
Memilih tema ‘Meraikan Kemuncak Segalanya’, majlis itu akan dihiburkan dengan barisan persembahan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz Suip, Shila Amzah, Najwa Latif, Spider, Ning Baizura, DJ Fuzz, Waris dan Aizat Amdan.
Dua artis popular dari tanah seberang, Datuk Rossa dan Afghan juga bakal membuat persembahan istimewa pada malam gemilang tersebut.
Sebanyak 17 kategori dipertandingkan bertujuan mengangkat martabat seni anak tempatan dalam bidang ciptaan lagu dan seni kreatif penghasilan album rakaman.
Oleh: AUDREY LEE

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -