Posted by : Unknown Friday, November 22, 2013


Seorang guru wanita di Newport, Selatan Wales, England terpaksa meninggalkan kerjaya guru setelah perbuatannya mengadakan hubungan seks dengan pelajar sendiri berusia 16 tahun, tersebar.
Clare Horton, 33,  guru Sekolah Tinggi Fitzalan, Cardiff menggoda pelajar tersebut dengan mengirim gambar seksinya di Facebook sebelum mengajaknya datang ke rumah dan melakukan hubungan intim.
Pelajar itu yang berasa bersalah, kemudiannya melaporkan hal ini kepada polis namun menyatakan dia tidak mahu membuat sebarang pendakwaan.
Setelah itu kisah Clare meniduri pelajarnya mula tersebar di sekolah dan kawasan setempat menyebabkan ia dibawa ke mesyuarat  panel disiplin guru. Siasatan mendapati kes ini berasas dan sudah pasti menjejaskan kerjayanya.
Clare, ibu kepada dua anak yang sedang dalam proses perceraian cuba membela diri dengan menyatakan  pelajar tersebut memang datang ke rumahnya tetapi mereka hanya tidur bersama tanpa melakukan lebih daripada itu.
Bagaimanapun tidak lama selepas kisahnya tersebar, dia memberikan surat perletakan jawatan. – REM RAMZI
Sumber: METRO UK

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -