- Back to Home »
- informasi »
- Bapa Bagi Surat Pada Pengetua Tak Izin Anak Sertai Aktiviti Keagamaan Di Sekolah
Posted by : Unknown
Monday, November 18, 2013
Tak pasti apakah rasionalnya hingga seorang bapa memberikan surat kepada pengetua agar mengecualikan anaknya daripada menyertai sebarang aktiviti keagamaan dan kerohanian termasuk bacaan yasin dan solat berjemaah di sekolah.
Berdasarkan kandungan surat rasmi berkenaan ia diserahkan kepada pengetua sebuah sekolah di Putrajaya, Selasa lalu. Ia dipercayai sahih berdasarkan cop penerimaan oleh pihak sekolah.
Dalam surat berkenaan si bapa tidak memberikan perincian tentang sebab permohonannya itu namun mendakwa, dia sebagai bapa akan menjalankan tanggung jawab memberikan didikan dan asuhan agama yang sewajarnya.
Dia turut meminta agar pihak sekolah menghubunginya sendiri jika memerlukan penjelasan lanjut.
Surat ini mula disebarkan di laman-laman sosial sejak semalam, dengan kebanyakan orang mempertikaikan tindakan bapa tersebut.
Komen kebanyakan orang, di saat sesetengah ibu bapa banyak bergantung pada pihak sekolah untuk menerapkan didikan agama kerana masa di sekolah lebih panjang dalam hidup pelajar, nampaknya bapa ini mempunyai pendirian sebaliknya.
Mungkin dia mempunyai alasan sendiri tapi diharapkan, tindakan itu sudah difikirkan semasak-masaknya. *SEKADAR GAMBAR HIASAN – MyNewsHub
ada rahsia d sebalik itu, kasihan anaknya
ReplyDelete