Posted by : Unknown Saturday, November 9, 2013

Bella Dally pernah berasa malu kerana gagal menjawab soalan berkaitan pengetahuan am ketika ditemu ramah oleh pihak media pada awal pembabitannya dalam industri hiburan.

Bella Dally Pernah Rasa Malu Kerana.....

Bella,22,  atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, berkata, keadaan itu berlaku kerana dia kurang membaca serta memiliki ilmu pengetahuan am yang baik menyebabkan dia terpaksa belajar untuk peka terhadap isu-isu semasa.

"Ketika di awal pembabitan saya sebagai artis, saya ditanya mengenai isu-isu semasa, diakui saya kurang berpengetahuan mengenai sesebuah perkara.

"Dan apabila ditanya soalan yang saya kurang tahu, maka jawapan yang diberikan pun pendek, kosong dan tiada isi. Rasa malu pula dibuatnya kerana bagi saya sebagai artis kita kena tahu serba-serbi," katanya kepada wartawan.

Kata Bella lagi, sejak peristiwa itu, dia mula akan membaca akhbar setiap hari selain menelaah buku-buku ilmiah sebagai persediaan diri.

Bella juga menyifatkan seseorang pelakon mesti memiliki kebijaksanaan dalam ilmu pengetahuan am kerana ia memudahkan diri dalam melakukan kerja-kerja seni harian.

"Kita berdepan dengan pelbagai pertanyaan daripada pihak media. Malah para artis juga berdepan dengan pelbagai kempen di mana kita perlu tahu perkara yang dilakukan.

"Membaca juga sekali gus dapat memberikan kematangan dalam pemikiran kita. Jika tidak, macam mana peminat ingin menjadikan artis mereka sebagai idola?" ujarnya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -