Posted by : Unknown Saturday, November 9, 2013

Baru-baru ini kita semua digemparkan lagi dengan pendedahan video penderaan kanak-kanak di sebuah pusat asuhan dan taska di Taman Melati yang mana pemiliknya telah pun menyerah diri pagi Khamis 7 Nov 13 di balai polis. Difahamkan wanita tersebut kini direman untuk membantu siasatan.


Selain orang awam, selebriti juga melihat perkara tersebut sebagai satu perkara yang serius. Antaranya ialah Faizal Ismail (FBI) yang turut memuatkan pendapatnya menerusi fan page beliau sendiri. Di bawah ialah petikan dari pandangan beliau di facebook.

Susulan cerita panas Taska mendera kanak2 yg tersebar di internet. Saya menyeru ibu bapa supaya membuat keputusan yg menyebelahi keluarga anda. Anak merupakan anugerah yg tak ternilai. Saya dan isteri pernah membuat keputusan supaya isteri berhenti kerja supaya boleh menjaga anak. Itu adalah dua belas tahun yg lalu dan ketika itu gaji saya hanya RM2 ribu sebulan! Sukar nak percaya? Kerana situasi itulah membuatkan saya lebih berusaha. Yakin, usaha dan berdoalah! Sehingga skrg hanya saya yg bekerja dgn izin Allah. Percayalah pada rezki Allah dan buatlah keputusan terbaik utk keluarga demi masa depan mereka. Andalah penjaga terbaik anak2 anda!

Pastinya kenyataan FBI yang panas ini mendapat pelbagai reaksi serta pandangan dari peminat, namun apa yang pastinya admin dapat rasa tujuan dan niat FBI itu sebenarnya adalah baik. Anda baca, anda fikir........



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -