Posted by : Unknown Friday, November 22, 2013

“Buat Majlis Kecil Atau Majlis Besar,Mana mana Pun Orang Mengata” – Rozita Che Wan
Berikutan dengan perbelanjaan besar persiapan perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin, ramai yang mengatakan pasangan ini terlalu menunjuk dan membazir terutamanya apabila gambar pra-perkahwinan mereka di Eropah dan Bali ditayangkan.
Namun ada juga yang membela mereka dengan mengatakan, ‘Biarlah mereka. Mereka guna duit sendiri. Simpan lama-lama, bukan boleh bawa ke kubur…’
Tapi komen Che Ta sendiri, “Buat majlis kecil-kecilan pun orang pertikaikan, bila buat besar-besaran pun orang tetap mengata. Kami buat (majlis) untuk kepuasan kami! Terpulanglah apa orang nak anggap.”
“Saya rasa semua ada pendapat masing-masing. Ada yang kata membazir, ada pula yang cakap kalau mampu apa salahnya?”
“Pada saya, biarlah kami buat (majlis) seperti apa yang saya mahukan. Kami tahu apa kami lakukan, jadi tak perlulah nak dengar ‘suara-suara kecil’ itu.”
Memang kami tidak nafikan mungkin betul niatnya tidak mahu menunjuk tapi disebabkan ramai media yang sentiasa ambil peluang untuk berkongsi setiap perkembangan perkahwinan beliau dan menyiarkannya di website masing-masing, maka disalah anggap beliau yang ingin menunjuk.
“Kita bukan nak hebahkan apa yang kami buat sebab saya tahu pasti ada yang mungkin tak berpuas hati tapi ia dipaparkan pihak media.”
“Sekarang pun saya sibuk buat beberapa kertas kerja (perkahwinan). Semalam baru buat ujian darah. Itu saja setakat ini. Yang lain pengurus saya Afeeq uruskan.”
Tidak mengapalah, Che Ta. Janji anda tidak mengganggu sesiapa. Semoga selamat melangsungkan perkahwinan.
Jangan sudah gah dicanang tentang persiapan, tiba-tiba tidak jadi pula kan? – My Artis

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -