Posted by : Unknown Friday, November 22, 2013

Tuhan Harun Akhirnya Tewas
 Ledang : Ketua ajaran sesat Tuhan Harun yang nama sebenarnya Harun Mat Saat dicekup polis di sebuah rumah Taman Bandar Baru Tangkak, di sini, semalam langsung tidak pernah dilihat jiran sejak dia menyewa di rumah itu kira-kira dua minggu lalu.
Seorang jiran mahu dikenali sebagai Roslan, 40, berkata, dia hanya pernah ternampak seorang lelaki bernama Hairi di laman rumah dan lelaki itu tergesa-gesa masuk selepas melihatnya.
“Saya menyangka mereka sekeluarga dan baru dua minggu menyewa rumah itu. Kehidupan mereka agak aneh kerana tidak pernah bertegur sapa dengan jiran.
“Mereka juga menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) cermin gelap, manakala pintu dan pagar sentiasa ditutup,” katanya, semalam.
Harun yang dikehendaki polis dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ditahan di sebuah rumah berkembar di Jalan Puteri 2/15, taman berkenaan bersama seorang wanita dipercayai isterinya, Azida Mohd Zol, 30, kira-kira jam 3.30 petang. – Metro

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -