Posted by : Unknown Monday, November 25, 2013

Farid Kamil Belum Jumpa Mertua
USAHKAN gambar terbaharu, nama bayi sulungnya pun masih tersimpan kemas dalam simpanan Farid Kamil dan Diana Danielle. Biarpun nama bukanlah persoalan yang besar namun sudah menjadi etika dalam penulisan dan kewartawanan, nama itu sesuatu yang lazim kecualilah jika boleh mendatangkan darurat.
Dalam kes pasangan selebriti terkenal, Farid dan Diana itu, mereka sekadar berkongsi pangkal nama anak lelaki mereka iaitu Muhammad sahaja. Selebihnya harus menunggu izin gara-gara terikat untuk muncul secara eksklusif dalam sebuah program terbitan Astro.
Tegas pelakon dengan nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 32, dia harus menghormati perjanjian yang telah dibuat bersama stesen penyiaran berbayar berkenaan.
“Pihak Astro mempunyai perancangan khas untuk memperkenalkan bayi saya kelak,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, kata Farid, majlis pengumuman nama penuh Muhammad juga akan dilangsungkan sekali gus dengan majlis khatam al-Quran isterinya Diana dan majlis akikah untuk bayinya itu.
Soal tarikh majlis itu dapat dilangsungkan, semuanya terpulang kepada Diana yang sedang belajar membaca al-Quran.
“Proses Diana untuk khatam al-Quran akan mengambil masa. Semuanya terpulang kepada Diana kerana ini merupakan keinginannya untuk melunaskan janji dan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya tidak mendesak dia untuk belajar dalam temoh yang singkat.
“Sejujurnya saya tidak sabar untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran daripada Diana kerana itu hadiah yang dijanjikannya kepada saya.
“Diana belum bersedia untuk memperdengarkan bacaannya, namun saya tidak mahu menambah tekanan terhadapnya.
“Saya akui Diana tiada asas dalam mempelajari al-Quran tetapi saya percaya dia akan berjaya khatam al-Quran,” ujarnya ketika ditemui pada majlis siaran langsung episod terakhir drama Jodoh Itu Milik Kita di Kuala Lumpur Selasa lalu.
Farid Kamil Belum Jumpa Mertua
Farid turut memperbetulkan laporan terdahulu yang menyebut bahawa majlis pengumuman nama anaknya itu akan dilakukan dalam sebuah majlis cukur jambul.
Menurutnya, bukan majlis cukur jambul yang akan diadakan sebaliknya kenduri doa selamat berserta majlis akikah.
“Keluarga saya tidak mengamalkan adat mencukur jambul, cukup dengan majlis akikah sahaja,” kata Farid berhubung anaknya yang dilahirkan di Australia itu.
Beralih kepada isu perang dingin dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramli, Farid pernah mengatakan bahawa dia dalam proses mahu menjernihkan kekeruhan yang berlaku antara mereka.
Ditanyakan semula isu itu kepadanya, ternyata kesibukan bersama isteri, anak dan lakonan belum mengizinkan Farid untuk bertemu dengan ibu mertuanya itu.
“Saya tidak tahu di mana ibu mertua saya tinggal sekarang, jadi rancangan untuk bertemu dengannya belum kesampaian,” tutur Farid yang membawa anak isterinya pulang ke Malaysia sejak Hari Raya Aidilfitri lalu.
Tidak mahu memanjangkan cerita, Farid seronok bercerita tentang pernikahannya yang sudah mencecah usia setahun itu.
Anak pertama sudah ditimang, kini terserah pula kepada Diana jika ada perancangan menambah bilangan ahli keluarga.
“Saya terbuka dalam soal jumlah anak. Saya beri kebebasan kepada Diana untuk membuat perancangan keluarga dan selebihnya berserah kepada rezeki yang telah Tuhan tentukan kepada kami,” cerita Farid yang kini dalam penggambaran filem berjudul Kitai arahan Amirul Rozali. – Kosmo

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -