Posted by : Unknown Monday, November 25, 2013

Langkah Johor Ubah Cuti Mingguan Silap – SBF
Persatuan Perniagaan Singapura (SBF) menyifatkan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengubah cuti rehat mingguan negeri itu menjadikan Johor kurang menarik sebagai destinasi pelaburan.
Menurut SBF, kebanyakan ahli persatuan itu banyak menjalankan urusan perniagaan dengan usahawan di Johor dan juga di wilayah Iskandar menyifatkan keputusan dibuat pada masa yang salah iaitu ketika hubungan dagang antara Singapura dan Malaysia semakin kuat.
Sultan Ibrahim, sempena ulangtahun keputeraannya yang ke-55 bertitah cuti rehat mingguan Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu berbanding Sabtu dan Ahad sebelum ini.
Menurut laporan stesen berita Singapura, Channel News Asia, Ketua Pegawai Eksekutif SBF Ho Meng Kit berkata perniagaan akan menjadi kurang efisien dengan keputusan itu.
Menurut beliau, sebagai contoh jika ada sebuah syarikat di Singapura mempunyai sebuah anak syarikat di Johor kini hanya ada empat hari bekerja yang seragam antara kedua-dua syarikat di dua negara berbeza.
“Jika syarikat ingin membuat penghantaran barangan di antara syarikat di Singapura dan Johor, ia perlu dilakukan dalam tempoh empat hari iaitu Isnin sehingga Khamis berbanding lima hari sebelum ini,” katanya.
Untuk rekod, sebelum tahun 1994 cuti di negeri Johor juga adalah pada Jumaat dan Sabtu.
“Pada tahun 1994, jika syarikat perlu beroperasi pada hari Jumaat pihak syarikat perlu membayar bayaran lebih masa tetapi jumlah kakitangan yang boleh bekerja tidak ramai.. secara tidak langsung ia menjadikan Johor kurang menarik untuk pelaburan,” katanya. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -