Posted by : Unknown Thursday, November 28, 2013

Pengarah Marah Sharnaaz Berhenti Berlakon
AHAD lalu, terkejut beruk bila Mizz Lahar terbaca mengenai kisah Sharnaaz Ahmad yang terkenal dengan sifat panas barannya itu nak berhenti berlakon.
Ada orang kata yang dia nak berhenti berlakon sebab tertekan dengan kontroversi dan gosip yang sering melanda dirinya.
Ekoran daripada itu juga, dia tak mahu terus menerus mengguris perasan ibu dan bapanya apabila kisah lama tak sudah dijadikan bahan bualan.
Tapi, kawan Mizz Lahar yang turut menjadi teman rapat Sharnaaz beritahu, beberapa orang pengarah berang dengan keputusan yang diambil oleh Sharnaaz.
Kata pengarah-pengarah tersebut rugi jika bakat yang ada padanya disiakan begitu sahaja. Tapi Sharnaaz tetap berdegil dengan keputusannya itu. Jadi, drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta merupakan drama terakhir lakonan Sharnaaz.
Apabila teman Mizz Lahar bertanya kepada Sharnaaz, pelakon tersebut hanya menjawab: “Biarlah saya berdiam dan hanya tindakan yang akan menentukan segalanya.”
Apapun, Mizz Lahar nak ucap selamat maju jaya buat Sharnaaz dalam apa juga lapangan kerja yang bakal diceburi selepas ini. Harapnya Sharnaaz tak menyesal bila melepaskan karier ini dan kembali masuk industri hiburan semula satu hari nanti. – Kosmo

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. So Sad....Shranaaz berbakat besar kot...herm...mungkin itulah pilihan terbaik dia setelah dia berfikir n mungkin berat tuk dia buat keputusan ni..papepun...Gud luck tuk Sharnaaz Ahmad...

    ReplyDelete

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -