Posted by : Anas Nazri Monday, November 18, 2013

Satu kontroversi terjadi apabila seorang peminat mendakwa tudung Fareeda sebagai seksi (pendek) dan gagal memenuhi garis panduan berpakaian dalam Islam mengundang perhatian pengurus tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim.

Tudung Fareeda Seksi, Mawar Balas Kritikan Peminat

Mawar Abdul Karim yang telah bergelar isteri kepada pelakon Fizo Omar membalas kritikan Yameen Ansari di laman Facebook seterusnya menerangkan perniagaan yang dijalankan mereka tiada kena mengena dengan urusan dakwah dan keagamaan.

"Salam Puan Yasmeen, kami adalah syarikat yang menjalankan perniagaan dan tiada kena mengena dengan urusan dakwah dan keagamaan. Apa yang pihak FAREEDA dan pengasas FAREEDA menyumbang untuk kegiatan dakwah dan kebajikan Islam tidak perlu dikongsi dalam urusan perniagaan kami."

"Untuk pengetahuan Puan Yasmeen, pelanggan kami terdiri dari pelbagai golongan termasuk yang tidak bertudung dan yang bukan Islam. Alhamdulillah, semakin ramai yang tidak bertudung telah mula bertudung dengan memulakan dengan tudung rekaan FAREEDA yang ekslusif."

"Ada golongan bukan Islam yang datang membeli untuk dihadiahkan kepada rakan Islam mereka dan ada yang membeli untuk koleksi mereka. Strategi yang Puan Yasmeen sebutkan itu adalah benar dan kami ada berbagai strategi lain yang tidak berkaitan dengan agama untuk meningkatkan kekuatan perniagaan kami. Jadi sekali lagi kami ingin maklumkan bahawa kami adalah bukan badan dakwah atau badan keagamaan. Terima kasih."

Tudung Fareeda Seksi, Mawar Balas Kritikan Peminat

{ 4 comments... read them below or Comment }

  1. Biar aja lah... yg Yasmeen kalut Sgt pasai pa ntah. Mereka jual tudung...bkn hak penjual tudung utk mendidik.

    ReplyDelete
  2. Betul tu..biar pi la org 2,,nk jual tudung je..bkn nk jual keagamaan..cba bc btl2..bkn stkt org muslim je yg bli,non muslim pn bli,,so xde mslh kn...

    ReplyDelete
  3. umat akhir zaman... saudara islam menegur pada kebaikan dan mengikut syariat islam dikatakan menyibuk...

    ReplyDelete
  4. apa tujuan bertudung?...berfesyen atau menutup aurat?...dalam menutup aurat pun ada garis panduan...labuh..tidak jarang..tidak ketat dan banyak lagi....tudung jenama tu sya tgk banyaknya saiz budak tadika..jadi tertonjol la dua bukit yang sepatutnya tertutup dan tersembunyi...adakah itu menutup aurat?...part belakang pula klu ditiup angin yg kuat nampak le batang leher si pemakai...huhu...ditegur untuk kebaikan sentap pula...semoga diberi petunjuk dan hidayah...dalam hidup ini hanya dua destinasi kita...syurga dan neraka...neraka itu pasti...syurga pula entah layak ke tidak...pilihlah destinasi idaman anda dengan bijak...guna akal dan iman bukannya nafsu....

    ReplyDelete

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -