Posted by : Anas Nazri Wednesday, December 4, 2013

Lumrah sebagai selebriti, setiap perkara yang dilakukan, sering menjadi perhatian masyarakat khususnya peminat. Apa sahaja yang dimuat naik mereka, pasti dapat ditonton sebilangan pengikut di laman sosial.

Fizo Omar Tegur Haters Yang Suka Jadi Keyboard Warrior

Pun begitu, tidak semua yang berada dalam senarai pengikut adalah mereka yang betul-betul menyokong selebriti itu, malah tidak kurang juga yang menjadikan laman mikro sebagai platform menjatuhkan kredibiliti artis itu.

Malah, pelakon yang baharu mendirikan rumah tangga pada 10 November lalu, turut terkena tempias.

Menurut Fizo Omar, sejak akhir-akhir ini dia menyedari bahawa ada segelintir pengikut laman sosial, Facebook, kerap mengkritik, menghina dirinya serta keluarga dan menjadikan medan itu sebagai tempat perbalahan sesama sendiri.

Menerusi tulisannya, Fizo tampil menegur tindakan pengikutnya yang gemar menjadi 'keyboard warrior'.

"Tak faham betul la, sejak akhir-akhir ni, asal 'upload' apa-apa gambar pasti ada yang komen dan mengutuk malah ada yg menghina saya dan keluarga, malah gambar berpeluk mesra bersama adik kandung sendiri pun jadi isu.

"Saya sebenarnya boleh terima teguran dari anda semua sebab saya pun manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan tapi, kalau nak menegur bukan memalukan sesiapa di laman sosial yang boleh dilihat berjuta orang. Lebih baik kalau teguran pendapat di berikan secara 'inbox' dan tidak ditulis di 'wall' atau komen digambar supaya semua orang dapat baca dan saling bergaduh," ujarnya dalam status dikemas kini.

Menurut kata Fizo lagi, dia sebenarnya tidak kisah sekiranya ada peminat yang datang menegur, namun biarlah dengan niat yang baik.

"Untuk makluman semua, laman sosial saya dibuat untuk keluarga, kawan-kawan dan pengikut bagi mengikuti perkembangan saya dan tempat saya berkongsi kenangan serta mendekatkan diri dengan peminat.

"Kepada 'haters', terima kasih di atas komitmen secara percuma.  Daripada anda menambah dosa, lebih baik buat benda berfaedah. Apa-apa pun, sokongan daripada anda semua amatlah saya hargai," jelasnya lagi.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -