Posted by : Unknown Friday, December 13, 2013

Johan As’ari Dapat Petanda Sebelum Kemalangan
Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, apa sahaja boleh berlaku.
Tak kira anda berada dalam rumah atau pun berada di atas jalan raya, kalau tidak berhati-hati, macam-macam perkara buruk boleh berlaku.
Seperti yang berlaku kepada Johan As’ari kelmarin, dia telah ditimpa musibah apabila dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya ketika sedang menuju ke lokasi penggambaran.
Johan berkongsi khabar kurang baik itu di akaun Instagramnya yang menunjukkan keretanya remuk di bahagian hadapan bumper.
Johan As’ari Dapat Petanda Sebelum Kemalangan
Malah, pelakon yang sinonim dengan watak Botak ini juga menceritakan seakan mendapat petanda bahawa dia akan mengalami kemalangan pada hari itu, ketika sedang berhenti di sebuah stesen minyak di mana terdapat seorang kanak-kanak melintas di hadapannya dan menjerit perkataan ‘AMARAN’ kepadanya.
Johan As’ari Dapat Petanda Sebelum Kemalangan
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kecederaan yang dialami oleh Johan akibat kemalangan itu.
Apa-apa pun sentiasalah berhati-hati dan jangan sesekali leka daripada tumpuan ketika sedang memandu ya! – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -