Posted by : Unknown Friday, December 13, 2013

Gaga Selamatkan Peminat Yang Mahu Bunuh Diri
 Tindakan penyanyi Lady Gaga yang prihatin dengan seorang peminatnya, akhirnya telah membatalkan niat peminatnya itu untuk membunuh diri, baru-baru ini.
Selepas mengetahui niat peminatnya itu, Gaga terus membalas pesanan peminat yang dipercayai tinggal di Ireland itu.
Gaga menulis di laman webnya, Littlemonsters.com, “kami semua sayangkan anda. Tiada apa yang lebih bernilai daripada nyawa anda sendiri. Bayangkan kesedihan semua orang kalau anda pergi. Kita semua adalah berhubung di antara satu sama lain melalui muzik dan itu adalah suatu perkara yang menggagumkan.
“Anda boleh jadi seperti yang anda inginkan dengan mendengar kepada muzik dan jadi kreatif dengannya. Anda lebih kuat daripada yang anda fikirkan,” nasihatnya kepada peminatnya itu.
Peminat yang tidak diketahui jantinanya itu kemudian membalas ucapan terharu dan terima kasihnya di atas kesudian Gaga membalas mesejnya dan selepas mengatakan sejauh mana mesej yang dikirimkan Gaga telah menyelamatkan dirinya daripada cubaan membunuh diri.
“Anda telah menyelamatkan saya, keluarga dan rakan-rakan saya pastinya rasa berterima kasih terhadap anda. Walaupun tahu anda sibuk, tetapi saya rasa terharu kerana kesudian Gaga membalas mesej ini,” tulis peminat itu lagi.
Tidak diketahui atas alasan apa dia mahu membunuh diri, namun ternyata kesudian penyanyi itu membalas mesejnya telah berjaya membuatkan peminatnya itu menarik balik tindakannya untuk membunuh diri.
Tak tahulah sama ada peminat itu benar-benar mahu membunuh diri atau tak, tapi yang pasti Gaga telah bertindak tepat dengan memberikan kata-kata semangat dan sokongan agar semua peminatnya menjadi lebih positif dalam kehidupan yang dilalui. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -