Posted by : Unknown Thursday, December 5, 2013

Rebecca Ada Sebab Tak Terima Duit 5 Sen, Dakwa Erma Persendakan Al Quran
KUALA LUMPUR : Pelakon, Rebecca Nur AL-Islam akui telah dinasihati oleh peguamnya untuk menolak wang tuntutan yang dibayar oleh pengarah, Erma Fatima iaitu sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen dan sekotak hadiah yang dipercayai mengandungi al-Quran.

Rebecca berkata penguamnya, Nordin yang menerima wang itu di pejabatnya telah menyuruh pihak Erma Fatima mengambil kembali wang dan hadiah berkenaan kerana tidak dapat menerimanya atas sebab undang-undang.

“Peguam saya terima wang dan sebuah kotak yang saya percayai mempunyai al-Quran pada jam 4 petang semalam, namun dia terpaksa menolaknya atas sebab undang-undang.

“Menurutnya, wang syiling hanya boleh dibayar tidak lebih daripada RM30 dan selebihnya dalam bentuk wang kertas atau cek.

“Selain itu, hadiah dan al-Quran yang diberikan juga tidak termasuk dalam syarat tuntutan bayaran, jadi saya tidak boleh sewenang-wenangnya menerima pemberian itu dan ianya salh dari segi undang-undang,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Rebecca juga turut mendedahkan Erma telah menulis sesuatu di kulit belakang al-Quran dengan kata-kata kesat kepadanya dan dia mendakwa tindakkan pengarah itu seperti mahu mempersendakan al-Quran.

“Saya bukan sahaja terima al-Quran yang biasa tetapi ianya telah ditulis dengan ayat-ayat seolah-oleah tidak berpuas hati dengan saya. Antaranya dia menulis jika duit ini ditentukan Tuhan bukan untuk saya, maka haram lah ia.
“Saya rasa tindakannya itu seolah-olah telah mempersendakan al-Quran itu sendri. Jika betul dia mahu menghadiahkannya kepada saya, kenapa tidak berikan sahaja begitu,” ceritanya lagi.
Menurut Rebecca lagi, dia tidak memahami apa tujuan Erma berbuat begitu dan menganggap pemberiannya adalah tidak ikhlas.
“Sebenanrya saya tak faham apa yang cuba dilakukan Erma. Tindakannya itu saya boleh sifatkan agak bodoh kerana bersusah payah menyediakan wang dalam bentuk begitu.
“Dia seolah-olah masih tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Malah nampak seperti cuba meraih publisiti apabila bergambar dengan wang 5 sen di Instagram sebelum menyerahkan kepada saya.

Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila mahkamah mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca menerusi drama ‘Dejavu Di Kinabalu’ sebanyak RM11,200 termasuk lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.
Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013. – Murai

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -