Posted by : Unknown Thursday, December 5, 2013

Sharnaaz Persiap Diri Jadi Pelumba Motosikal Profesional
Dek kerana sudah tidak tahan lagi untuk berdepan dengan pelbagai isu dan kontroversi yang melibatkan dirinya sejak dari mula bergelar anak seni sehinggalah saat ini, justeru pelakon kesayangan ramai produser, Sharnaaz Ahmad mengambil keputusa untuk mengudur diri dari dunia hiburan tanah air. Atau dalam erti kata lain, bersara dalam masa terdekat ini.

Namun Sharnaaz yang ditemui minggu lalu berkata, keputusan mahu bersara itu masih lagi dalam pertimbangan kerana dia baru sedar yang dia punya beberapa lagi projek besar yang harus dilaksanakan dahulu sebelum dia betul-betul ‘cuci tangan’ dari dunia lakonan.

“Ikutkan hati memang saya nak bersara cepat. Tapi ada beberapa projek yang perlu saya laksanakan dulu. Antaranya, satu projek drama dengan pihak produksi dari Singapura. Memang, saya sayang kerjaya lakonan ini. Ini adalah passion saya. Tapi saya sudah tidak mampu lagi berdepan dengan lepas satu, satu kontroversi dan fitnah itu dan ini. Kalau dalam setahun saya boleh tahan lagi. Tapi sampai satu tahap apabila ibu bapa dan keluarga saya dikaitkan sama dengan kontroversi saya, saya betul-betul tak boleh tahan”, tegasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Sebaik saja angkat kaki daripada bidang yang menjadi sumber rezekinya sejak lima tahun ini, Sharnaaz berkata dia bakal kembali kepada kerjaya lamanya, iaitu dalam bidang hartanah. Malahan lebih mengujakan anak kelahiran Pulau Pinang ini, dia mahu merealisasikan cita-cita yang lama dipendam, sebagai pelumba motosikal profesional.

“Dah lama dah saya minat sukan lumba motosikal. Sekarang ni saya dah mula menjalani latihan sebagai pelumba motosikal profesional. Sekarang ni saya dah mula menjalani latihan di litar Sepang. Setakat ni saya dah belajar jatuh”, katanya sambil sempat lagi bergurau.

Jebat Dalam Diri
Ketika ini Sharnaaz sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC). Drama 60 episod terbitan Pena Creative Sdn Bhd itu menggandingkannya dengan Nelydia Senrose.
Memengang watak sebagai Jebat, kata Sharnaaz dia menerima tawaran malah teruja mahu menjayakan drama adaptasi dari novel yang sama judulnya ini kerana karakter Jebat ada banyak persamaan dengan dirinya.
“Satu penghormatan bagi saya bila diberi kepercayaan menghidupkan watak Jebat. Karakter jebat itu sendiri sangat dekat dengan saya. Bila saya baca skripnya, perjalanan ceritanya seperti ada kaitan dengan diri saya. Tapi drama ni bukan lah betul-betul kisah tentang saya.
“Untuk drama ni saya dengan rela hati botakkan kepala, saya naikkan berat badan saya. Setiap hari sebelum pegi set, saya ke gym dulu”, katanya.
Dalam masa sama Sharnaaz mengagumi lakonan pasangannya, Nelydia Senrose. Pertama kali bergadingan, Sharnaaz menyifatkan Nelydia seorang pelakon yang bagus dan mudah untuk mereka mendapatkan keserasian.
“Nely bagus. Dia punya lakonan memang diluar jangkaan saya. Sebagai contoh, bila dia pengang saya, saya boleh ‘rasa’”, ujarnya.
BKATC arahan Jamal Khan menyoroti kisah romantik yang memaparkan kehidupan Jebat, seorang lelaki katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina berubah dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan.
Tidak pernah terlitas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Namun segalanya berubah apabil dia bertemu dengan Mastura jatuh hati padanya. Tetapi mampukah dia membalas cinta Mastura?
Selain Sharnaaz dan Nelydia, drama 60 episod ini turut dijayakan barisan pelakon termasuklah Iqram Dinzly, Dato’ Jalaludin Hassan, Lisdawati, Adeline Tse, Tony Uesoff dan ramai lagi. BKATC akan ditayangkan setiap Isin hingga Rabu mulai 9 Disember 2013, secara eksklusif di Mustika HD (saluran 134). – Malaysian Digest

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -