Posted by : Unknown Friday, December 13, 2013

Sering Dicubit Yusry Punca Lisa Surihani Makin Tembam!
 KUALA LUMPUR : Raut wajah pelakon jelita, Lisa Surihani kelihatan semakin berisi.
Disebabkan itu, ramai beranggapan isteri kepada Yusry Abd Halim ini sudah pun berbadan dua.
Bagaimanapun, sewaktu sesi Artis Chatz tempoh hari, pasangan ini telah menafikan perkara berkenaan.
Sebaliknya, Lisa yang hadir bersama Yusry telah mendedahkan punca dia kelihatan semakin tembam pada bahagian pipi.
“Saya masih belum mengandung lagi. Saya nampak berisi sikit sebab abang Yusry. Kami selalu bergurau dan setiap kali bergurau, abang Yusry selalu cubit pipi saya.
“Mungkin sebab itu jugalah pipi saya nampak naik dan nampak tembam. Lagipun, saya ni suka makan. Saya juga suka makan makanan yang pedas-pedas. Kadangkala, saya berulamkan cili padi,” jelas Lisa.
Menjelaskan mengenai karier, pasangan ini bukan saja sibuk denganmempromosikan filem terbaru lakonan mereka iaitu Ular.
Malah, mereka juga turut terlibat dengan program jelajah satu Malaysia.
“Selain sibuk dengan promosi filem, kami juga sibuk merantau satu Malaysia untuk sebuah program khas.
“Setakat ini, kami dah pergi semua negeri di seluruh Malaysia kecuali Selangor. Insya-Allah, dalam masa terdekat ini, kami akan pergi ke Selangor.
“Tempat dan tarikh masih belum tahu lagi. Namun, selepas kami join program ini, kami dapati banyak lagi tempat menarik diseluruh negara yang masih belum diketahui seluruh warganegara,” jelas Yusry. – Murai

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -