Posted by : Unknown Thursday, December 5, 2013

[Video] MV ‘Kontroversi’ Masih Aku Cinta
 Apabila berlaku sedikit krisis melibatkan Shila Amzah dan Johan Asaari akhir-akhir ini, ia turut dikaitkan dengan klip video bagi single Masih Aku Cinta nyanyian Shila yang terlewat dipertontonkan kepada umum.
Hal ini kerana pelakon utama klip video tersebut merupakan Johan dan ia dibuat ketika mereka berdua masih berbaik.
Hubungan mereka berdua dipercayai dingin hingga Shila memblok Johan daripada mengikuti laman sosial miliknya selepas mengetahui pelakon berkenaan memilih aktres seksi, Lana Nordin sebagai teman istimewa.
Bagaimanapun, segala spekulasi diakhiri semalam setelah Warner Music Malaysia memuat naik klip video muzik Masih Aku Cinta untuk dikongsikan kepada umum di YouTube.
Ada antara penonton menyatakan klip video dan lagu ini seolah-olah menyamai kisah cinta Shila Amzah.
Apa pendapat anda? Saksikan video di bawah. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -