Posted by : Unknown Saturday, November 9, 2013

Menerusi perkembangan terkini dilaman facebook, pak cik Majid, peminat setia Pahang Darul Makmur yang sedang menunaikan nazar berjalan kaki dari Kuantan ke Shah Alam diberitakan sihat walaupun beliau mengalami sedikit luka pada kakinya.

Dari Kuantan Ke Shah Alam - Pak Cik Majid Tabah Teruskan Nazar

Menerusi gambar yang dikirim saudara Aliff Farhan dan beberapa rakan lain, pakcik Majid dilihat sedang berehat di Perhentian Rehat Maran sambil mengubati luka kakinya yang melecet.


Walaupun sebelum itu dipelawa menaiki kenderaan oleh beberapa orang yang mungkin berasa simpati kepadanya, pakcik Majid tetap cekal untuk meneruskan misinya sehingga berjaya.

Dari Kuantan Ke Shah Alam - Pak Cik Majid Tabah Teruskan Nazar

"Doakan saya supaya nazar saya tertunai," kata Abdul Majid Abdul Hamid.

Beliau yang baru sampai di Hentian Rehat Maran, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berkata, dia tidak berdepan sebarang masalah malah mendapat bantuan orang ramai yang mengetahui hasrat berjalan kaki ke Stadium Shah Alam. "InsyaAllah saya akan dapat tunaikan nazar ini. Jangan risaukan saya," katanya lagi.


Menurutnya, ada juga di kalangan pengguna lebuh raya yang memberi sedikit sumbangan kewangan kepadanya sebagai perbelanjaan pengembaraannya.

Sementara itu, rakannya, Abdullah Othman, 51, berkata dia menasihatkan Abdul Majid berjalan kaki menggunakan laluan sebelah kanan lebuh raya ke arah Kuala Lumpur kerana bimbangkan keselamatannya.


"Saya minta dia berjalan secara berlawan arus supaya dia boleh nampak kenderaan datang dari hadapan," katanya. Abdul Majid memulakan pengembaraannya pada jam 6.45 pagi dari Masjid Negeri, di sini, kelmarin dan dia menjangkakan tiba ke Stadium Shah Alam pada 12 November ini.

Jalan Kaki Dari Kuantan Ke Shah Alam Tunai Nazar

Pak cik Majid hanya berbekalkan wang tunai RM60, Jalur Gemilang dan bendera Pahang, sehelai kain pelikat, dua jersi Pahang serta dua seluar sukan sepanjang perjalanannya itu.

Menurutnya, semua perbelanjaan juga ditanggung wang poket sendiri tanpa mengharapkan sesiapa malah dia juga tidak mahu mendapat sebarang pengiktirafan.


"Apa yang saya lakukan hanyalah untuk membayar nazar dan janji saya kepada Allah kerana saya sangat gembira dengan kemenangan skuad Tok Gajah. Biarlah apa orang mahu katakan, saya hanya mahu berjalan kaki sehingga ke Stadium Shah Alam," katanya. - HMetro, BH & NST


#Doakan keselamatan pakcik nih...harap2 ada pihak tertentu di negeri Pahang perihatin dan ambil tahu dengan apa yang diusahakan pakcik Majid,  walaupun dia hanya memenuhi keperluan diri sendiri.

Terasa bimbang apabila sampai di ibukota nanti, pasti lagi banyak cabarannya. Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang Pak Cik Majid, sila lawati fanpage ini -KUANTAN

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. semoga dimudahkan dan selamat sentiasa perjalanan pakcik majid...in shaa allah...amin....

    ReplyDelete

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -