Posted by : Unknown Saturday, November 9, 2013

Demi Lovato bersungguh-sungguh mahu tinggalkan tabiat lama.

PENYANYI Demi Lovato sebelum ini memang diketahui pernah terlibat dengan masalah pengambilan alkohol yang menurutnya hampir-hampir merosakkan seluruh kehidupannya suatu ketika dahulu.

Namun kini, Lovato benar-benar serius dan nekad dengan usahanya untuk menghindari minuman keras tersebut dan mahu membersihkan diri daripada berterusan mengambilnya.
Menurut laporan akhbar The New York Post, penyanyi berusia 21 tahun itu ternyata dapat bertahan dengan situasi tersebut dan langsung tidak menyentuh minuman alkohol sewaktu meluangkan masa bersama rakan-rakannya di kota Manhattan, New York.

“Demi sendiri telah memesan kepada rakan-rakannya dan juga pihak restoran agar tiada sebarang minuman beralkohol yang diletakkan di atas meja mereka.

“Malah bukan itu sahaja, penyanyi tersebut turut meminta agar makanan dan minuman yang dipesan mereka bebas daripada sebarang unsur alkohol," jelas sumber yang berada di tempat kejadian.

Sifatnya yang positif itu bermula setelah dia menjalani proses pemulihan di sebuah institusi khusus untuk mereka yang mengalami masalah sedemikian pada tahun 2011 yang lalu.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -